Introduction

Bienvenue sur mon blog

Kamis, 24 Februari 2011

Kehidupan,

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.



Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barang siapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana . Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa arti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan coba untuk menyelesaikannya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar